Wednesday, October 31, 2012

Projek Senam Seni 1Malaysia


Tarikh kutipan derma : 15 Jan - 15 Feb 2013
Perasmian Pelancaran dan Penutupan : 23 Feb 2013
Tempat : Padang SMK Wangsa Melawati
Masa : 730 ke 1230 tgh

Pihak PIBG dan guru sedang berbincang untuk melaksanakan program Senam Seni 1Malaysia




Program ini bertujuan untuk mencari dana bagi menampung keperluan sekolah untuk mengadakan aktiviti -aktiviti sekolah untuk kepentingan pelajar-pelajar di sekolah ini. Sama-samalah kita berganding bahu untuk menjayakan program ini.

Tuesday, October 30, 2012

Jamuan High Tea 2012





Jamuan ini diadakan pada 20 Okt 2012 di salah sebuah restoran  di Ampang baru-baru ini. Kepada En Roslan yang telah bertukar ke IPG, kami warga SMKWM mengucapkan tahniah dan sayonara.  

Monday, October 29, 2012

hari anugerah HEM

Hari anugerah ini telah dijalankan pada 29 Oktober 2012. Tahniah kepada Megat Izudin Putra, Hafiz dan Gayathri  di atas kejayaan tersebut. Semoga ia menjadi inspirasi kepada murid lain.

Tuesday, October 23, 2012

Hari Graduasi 2012

Hari graduasi telah disempurnakan oleh En Yusri YDP PIBG 2012. Tahniah di ucapkan dan syabas kepada bakal pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tidak berapa lama lagi. Jadikan majlis hari ini sebagai satu inspirasi baru untuk lebih berjaya pada hari mendatang.





Sekalung tahniah juga kepada tokoh graduasi tahun ini,semoga anda berdua menjadi ikutan  pelajar lain untuk berjaya dengan cemerlang.






Sunday, October 21, 2012

NOTA ICT

PERHATIAN:
KEPADA SEMUA MURID ICT, SILA DOWNLOAD NOTA ANDA DISINI


1. Nota ICT Tingkatan 4
http://www.scribd.com/doc/110744639

2. Nota ICT Tingkatan 5
 http://www.scribd.com/doc/110744811
http://www.scribd.com/doc/110744839
http://www.scribd.com/doc/110741987/Nota-6

Friday, October 19, 2012

PROGRAM SELEPAS PMR

Perhatian kepada semua murid tingkatan tiga, program pengisian PMR akan
dijalankan oleh pihak kaunselor sekolah. Antara aktiviti yang dijalanakan ialah lawatan sambil belajar,
pengenalan kepada grafik oleh guru ICT, pengisian oleh wakil PIBG dan permainan.

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR, SPM dan STPM

Kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR,SPM dan STPM. Kami warga guru mendoakan semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.