Sunday, February 24, 2013

Program Senam Seni 1malaysia

Alhamdullillah, program senam seni 1Malaysia telah dapat dijayakan majlis penutupannya pada hari Sabtu 23/2/2013 baru-baru ini. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada Ybg Dato Dr Shafie kerana telah merasmikan majlis penutupan tersebut. Pihak sekolah juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Rangkaian Restoran Ali Maju kerana kesudian beliau memberi sumbangan kepada sekolah.


















Begitu juga kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung  diatas menjayakan program ini. PIBG sekolah, ibubapa,  guru-guru dan murid-murid yang bertungkus lumus mencari penaja untuk menjayakan program ini.

Thursday, February 14, 2013

SEsi PErsekolah Bermula

Selepas seminggu bercuti, jangan lupa sesi persekolahan akan dibuka semula pada 17hb ini. Di minta kepada semua murid-murid datang untuk sesi pembelajaran kerana peperiksaan ujian 1 akan di adakan tidak lama lagi. Selain itu juga, program senam Seni 1Malaysia akan dilancarkan majlis penutupan pada minggu hadapaan.
Datang jangan tak datang.....

Wednesday, February 6, 2013

Selamat Menyambut tahun Baru Cina

SMKWM mengucapkan selamat menyambut tahun baru Cina kepada guru dan murid-murid yang menyambutnya. Sempena dengan sambutan  tahun baru ini, sesi persekolahan ditangguhkan selama seminggu bermula 9/2 hingga 17/2.


Program SenamSeni

Dimaklumkan bahawa esok (8/2/2013) adalah hari terakhir kutipan senam seni 1malaysia. Diminta kepada semua murid menghantar dan menyerahkan kutipan kepada guru kelas masing-masing.
Segala kerjasama amatlah di alu-alukan.