Sunday, December 30, 2012

Orientasi Murid Tingkatan 1

Majlis Orientasi tingkatan satu dijalankan 28hb Disember 2012. Seramai 210 murid baru berdaftar di sini.



Kami warga guru mengucapkan Selamat Datang kepada murid-murid baru.

LDP pertama Guru 2013

LDP pertama telah dibuat di Dewan Bestari pada 31hb. Penceramah menyampaikan tajuk Budaya kerja Cemerlang disampaikan oleh En Malek bin Abd Halim.

semangat tuu

tepuk jangan tak tepuk

guru lelaki pun bersemangat
Semoga dengan LDP ini memberi semangat dan iltizam yang baru kepada para guru semuanya.



Tuesday, December 25, 2012

Mesyuarat Guru Sesi 2012/2013

Hari ini merupakan hari pertama guru-guru bekumpul sempena mesyuarat guru pertama sesi 2012/2013.
senyum blaka

kusyuk mendengar taklimat

Keceriaan jelas kelihatan dan guru-guru berazam untuk meningkatkan lagi prestasi akademik untuk tahun 2013.

Friday, December 21, 2012

KEPUTUSAN PMR

Alhamdullillah, sekolah kita berjaya meningkatkan peratus PMR untuk tahun 2012.
Seramai 21 orang murid berjaya mendapat 'SEMUA A' dalam subjek.
Tahniah sekali lagi diucapkan.
Guru-guru mengharapkan agar ianya menjadi inspirasi kepada murid lain untuk berjaya
di masa akan datang.




Saturday, December 15, 2012

Al-fatihah

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang murid tingkatan 5 telah kembali kerahmatullah pada 10 Disember 2012  disebabkan penyakit kanser. Sama-samalah kita menghadiahkan al-fatihah kepada allahyarham Mohd Aiman. Semoga rohnya berada dikalangan para mukminin. Amin