Tuesday, May 28, 2013

Lawatan ke Taman Negara

Alhamdullillah... sekolah kita telah berjaya menganjurkan lawatan  di Kuala Tahan pada 23 hingga 25 Mei 2013 baru-baru ini. Banyak aktiviti dijalankan semasa berada di sana. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah;
1. canopy walk
2. lawatan ke rumah orang asli
3. menaiki bot panjang
4. mencari binatang liar pada waktu malam


 


 

 

 

 

 

 

 

 





Terima kasih kepada Pn norhayati, Cik Norzie, Ckgu Burhan, Kak Ina kerana telah sama-sama menjayakan program ini. Begitu juga kepada pelajar-pelajar yang turut serta menjayakan progam ini. 
Insaa allah aktiviti-aktiviti seperti ini akan di adakan lagi pada masa akan datang bertujuan untuk memberi pendedahan   khazanah alam yang tak ternilai ini.


Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat hari guru kepada semua guru-guru SMKWM. Semoga tahun ini guru-guru lebih bersedia dengan tugasan yang semakin mencabar. Anggapkan itu sebagai asam garam dalam mendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru. Satu Aspirasi Satu Agenda.....

Saturday, May 4, 2013

PRU 13 (5.5.13)

Demam pilihanraya telah kembali menyerang warga guru dan kakitangan SMK. Didoakan semoga guru-guru yang balik mengundi agar pergi dan pulang dengan selamat. Pastikan aspek keselamatan di ambil berat semasa pemanduan pulang ke kampung dan jangan lupa hak anda untuk mengundi dan pilihlah yang terbaik untuk masa depan negara.
 Harapan  di tangan anda semua.

Marilah mari...kita mengundi,
tunaikan kewajipan pada negara.....

Jom kita mengundi...

TERKINI (Cuti pada 6 Mei 2013)

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Isnin ini adalah cuti berganti sempena PRU 13. Sekolah akan diganti pada hari yang akan ditentukan kemudian.
Harap maklum..