Thursday, October 30, 2014

MAKLUMAN CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2014

MAKLUMAN

Edaran cuti bergilir telah diedarkan kepada semua murid. Terdapat sedikit perubahan iaitu;

Tarikh : 18/11/2014

Tingkatan yang dicutikan;
Semua tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4Sc1, 4Sc2, 4Akaun, 4Vk1

Tingkatan yang hadar;
Semua Tingkatan 1, Tingkatan 5, tingkatan 4T, 4K, 4Vk2, Ting 6B & 6A,

PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2014

Peperiksaan SPM akan bermula pada awal November 2014. Kami para guru mengucapkan selamat menempuh peperiksaan dan kami mendoakan agar anda berjaya dengan cemerlang.

Friday, October 10, 2014

Kejohanan Badminton SPTS

Pada bulan Ogos baru-baru ni, sekolah kita telah menyertai kejohanan badminton SPTS.  Program SPTS adalah program yang dijalankan oleh pihak KPM untuk mencari bakat baru dalam permainan badminton.







Solat Hajat Perdana 9/10/2014

Alhamdulilllah, baru- baru ini sekolah kita telah menganjurkan solat hajat perdana untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

Program ini dihadiri oleh semua murid tingkatan 3, 5 dan 6 beserta guru-guru SMKWM.
Kami mendoakan agar murid-murid SMKWM mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.









Pengerusi PIBG sekolah, En Shahril sedang memberi kata-kata aluan 
kepada ibubapa dan murid-murid sekolah





Ceramah motivasi yang  disampaikan oleh ustaz jemputan iaitu Us Fauzi 






Kami guru-guru SMKWM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak masjid, guru-guru, ibubapa dan murid-murid yang telah menjayakan program ini.
Semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah Taala. 
Amin